Selasa, 7 Januari 2014

Rakyat Sepanyol Tuntut Raja Turun Takhta

Hampir dua pertiga daripada rakyat Sepanyol mahukan Raja Juan Carlos turun takhta

Raja Juan Carlos bersama Ratu Sofia

Felipe, Putera Raja Juan Carlos


BARCELONA - Hampir dua pertiga daripada rakyat Sepanyol mahukan Raja Juan Carlos yang dikaitkan dengan skandal turun takhta, kata satu kajian pendapat terbaru yang disiarkan. 
Kajian dijalankan Sigma Dos dan disiarkan akhbar Sepanyol, El Mundo kelmarin menunjukkan sebanyak 62 peratus responden suka jika Carlos turun dari takhta. 
“Kajian pendapat itu juga mendedahkan bahawa kurang separuh daripada responden atau 41 peratus menyokong keluarga diraja,” kata El Mundo. 
Bagaimanapun, kajian terbabit menunjukkan majoriti responden percaya bahawa putera raja berkenaan, Felipe boleh mengembalikan kedudukan keluarga itu. 
Kajian dibuat ketika khabar angin mengatakan Carlos diramal turun takhta, berikutan beliau pada November lalu menjalani pembedahan kesembilan sejak Mei 2010. - Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.