Selasa, 11 Februari 2014

Askar Israel Terkena Gas Pemedih Mata Mereka Sendiri

Askar-askar Israel ini melompat keluar selepas gas pemedih mata meletup di belakang van perisai mereka

Kejadian ini berlaku di wilayah Tebing Barat yang menjadi pertikaian berhampiran Sungai Jordan

Kali ini senjata mereka bertindak menentang mereka

Dengan mata yang merah, anggota tentera ini merangkak di atas tanah selepas berjaya meloloskan diri

Askar Israel ini berpeluang merasai 'nikmat' gas pemedih mata yang sering mereka gunakan untuk membantai penduduk Palestin


Mereka adalah salah satu daripada kuasa-kuasa tentera yang dilengkapi peralatan terbaik dan digeruni di dunia ini. 
Tetapi, bagi empat askar Israel, peralatan teknologi tinggi itu bertindak menentang mereka selepas koleksi gas pemedih mata meletup di belakang van perisai mereka. 
Askar-askar berkenaan dilihat melompat keluar dari belakang kenderaan itu, yang datang ke wilayah Tebing Barat yang menjadi pertikaian berhampiran Sungai Jordan. 
Dengan mata yang merah, anggota tentera itu merangkak di atas tanah selepas berjaya meloloskan diri, manakala katrij dan bahan letupan bersepah di atas tanah. 
Kerosakan itu berlaku berhampiran kampung Bilin, di tengah-tengah kawasan Tebing Barat. Askar-askar itu telah mengejar belia di kampung itu selepas pertempuran antara tentera Israel dan penduduk tempatan. 
Gas pemedih mata sering digunakan untuk menyuraikan orang ramai. Ia merengsa mata, hidung, mulut dan paru-paru dan boleh menyebabkan kesukaran bernafas dan buta sementara serta kesakitan. 
Askar-askar itu terdedah terutamanya kepada gas yang berkepekatan tinggi di dalam van mereka. 
Biasanya, kesan gas pemedih mata akan hilang sepenuhnya dalam masa setengah jam, tetapi dalam kes yang teruk penglihatan mangsa boleh mengalami kerosakan kekal. - MailOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.