Rabu, 26 Februari 2014

Bila Yahudi Sensitif Terhadap Kartun

Kartun yang disiarkan akhbar Suddeutsche Zeitung menunjukkan Zuckerberg umpama seekor sotong.

Kartun yang disiarkan dalam akhbar Suddeutsche Zeitung ini dikecam Pusat Simon Wiesenthal kerana 'kononnya' Anti-Semitik

Imej sotong bukan perkara baru. Imej sotong gurita berkepala lelaki England ini disiarkan di Amerika pada tahun 1888

Ini pula ialah imej sotong yang dikaitkan dengan perkembangan revolusi komunis di Russia yang di siar di Jepun 

Kartun sotong yang dihubungkaitkan dengan pengasas Microsoft, Bill Gates

Kartun ini disiarkan pada 1994 dan dikaitkan dengan Microsoft


MUNICH - Sebuah kartun mengenai pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg yang disiarkan di sebuah akhbar Jerman, Suddeutsche Zeitung pada minggu lalu dikecam Pusat Simon Wiesenthal kerana ia memaparkan imej Anti-Semitik, lapor akhbar MailOnline semalam. 
Seorang pemimpin agama Yahudi di Pusat Simon Wiesenthal, Abraham Cooper berkata, karikatur yang disiarkan pada Jumaat lalu itu adalah sesuatu yang memalukan. 
Imej bertajuk Krake Facebook atau Gurita Facebook itu menunjukkan Zuckerberg melilit beberapa komputer dengan menggunakan tentakel sotong. 
Dalam satu tentakel itu, Zuckerberg dilihat memegang logo aplikasi WhatsApp yang dibeli firmanya pada harga AS$19 bilion (RM62.3 bilion) baru-baru ini. 
"Karikatur itu menyerupai imej yang digunakan Parti Nazi menjelang Perang Dunia Kedua. Ia satu kempen anti-Semitik untuk membenci bangsa Yahudi," kata Cooper. 
"Zuckerberg sememangnya boleh dijadikan bahan lawak oleh media termasuk media Jerman, tetapi karikatur itu tidak wajar untuk disiarkan," tambahnya. 
Mengulas isu tersebut, pelukis kartun berkenaan, Burkhard Mohr memberitahu akhbar Jerusalem Post bahawa dia terkejut dengan kerana dilabel anti-Semitik. 
"Anti- Semitik dan perkauman merupakan ideologi yang asing buat saya," kata Mohr. 
Menurutnya, karikaturnya dilukis untuk mengulas pembelian WhatsApp oleh Facebook. 
"Saya memohon maaf jika ia melukakan hati sebahagian pembaca," ujarnya. - Agensi/Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.