Jumaat, 7 Februari 2014

Boeing 787 Milik Air India Mendarat Cemas Di KLIA

Pesawat Boeing 787 Dreamliner All Nippon Airways membuat pendaratan cemas di Jepun pada Januari tahun lalu. Foto: Reuters

Para penumpang sedang menyelamatkan diri. Foto: Reuters

Beginilah rupa bateri yang bermasalah itu. Foto: Reuters


NEW DELHI - Juruterbang pesawat Boeing 787 Dreamliner milik Syarikat Penerbangan Air India terpaksa membuat pendaratan cemas di Kuala Lumpur dan secara manual selepas pesawat berkenaan mengalami masalah pada sistem komputer, kata seorang pegawai syarikat tersebut semalam. 
Pesawat itu yang membawa lebih 200 penumpang dalam penerbangan dari Melbourne, Australia menuju ke New Delhi, India kelmarin tetapi terpaksa mengubah haluan dan membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akibat mengalami masalah komputer. 
Jurucakap Syarikat Penerbangan Air India, Praveen Bhatnagar berkata, kapten pesawat berkenaan hilang keyakinan pada sistem perisian komputer di dalam pesawat tersebut. 
"Alternatif yang boleh dipilih adalah mendaratkan pesawat secara manual,'' katanya. 
Ujarnya, masalah itu tidak serius dan menafikan laporan akhbar tempatan yang mendakwa, tiga sistem navigasi yang membolehkan pesawat berkenaan terbang dalam jarak jauh menggunakan sistem pemanduan automatik, gagal berfungsi. 
Katanya, kejadian itu menyebabkan semua penumpang dan anak kapal terkandas semalaman di Kuala Lumpur selepas pesawat berkenaan mendarat dengan selamat. 
Menurutnya, beberapa jurutera Boeing dari Hong Kong yang dihantar ke KLIA telah berjaya membetulkan sistem berkenaan dan pesawat berkenaan djadualkan mendarat di New Delhi pada pukul 8 malam waktu tempatan semalam. 
Pesawat Boeing 787 Dreamliner mengalami beberapa masalah sejak mula digunakan dua tahun yang lalu termasuk perkhidmatan pesawat berkenaan di selu- ruh dunia terpaksa digantung pada tahun lalu akibat masalah bateri. - AFP/Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.