Khamis, 13 Februari 2014

Iran Sedia Berperang Jika Diserang

Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Jeneral Hassan Firouzabadi memberi amaran republik Islam itu bersedia ‘bertempur’ jika diserang

“Kami bersedia bertempur dengan Amerika Syarikat (AS) dan rejim Zionis,” kata Hassan kepada agensi berita Fars

Minggu lalu, Setiausaha Negara AS John Kerry berkata, Washington bersedia menyerang Iran jika usaha diplomasi gagal

Salah sebuah jet pejuang MIG-29UB milik tentera udara Iran

Pengawal Elit Revolusi Iran

Tentera bertopeng Iran


TEHRAN - Ketua turus angkatan tentera Jeneral Hassan Firouzabadi memberi amaran kepada musuh Iran bahawa republik Islam itu bersedia ‘bertempur’ jika diserang. 
“Kami bersedia bertempur dengan Amerika Syarikat (AS) dan rejim Zionis,” kata Hassan kepada agensi berita Fars. 
Dia juga memberi amaran kepada negara jiran supaya tidak membenarkan sebarang serangan dilakukan terhadap Iran dari sempadan mereka. 
“Kami tiada rasa benci terhadap jiran-jiran kami, tetapi jika Amerika dibenarkan menyerang dari pangkalannya di negara berhampiran, kami akan melancarkan serangan balas,” katanya. 
Washington mempunyai beberapa pangkalan tentera di rantau itu termasuk Bahrain, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Turki. 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Negara AS John Kerry minggu lalu yang berkata, Washington bersedia menggunakan kuasa ketenteraan jika usaha diplomasi dengan Iran menemui jalan buntu. 
Namun Hassan mendakwa kata-kata itu sekadar satu helah. 
“Sejak sedekad lalu, AS gagal mencari alasan untuk menyerang kami disebabkan tiada bukti,” katanya dalam satu kenyataan. 
Iran dijadualkan menyambung perbincangan mengenai kegiatan nuklearnya dengan negara P5+1 - Britain, Perancis, AS, Rusia dan China serta Jerman - di Vienna, Isnin depan. 
Perbincangan itu dilihat sebagai usaha mencapai persetujuan menyeluruh berkait dengan isu nuklear Iran selepas persetujuan awal November lalu.- AFP/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.