Jumaat, 14 Februari 2014

Lubang Besar Dalam Muzium Kereta










BOWLING GREEN, Kentucky - Sebanyak lapan buah kereta terjatuh ke dalam sebuah lubang besar yang terbentuk secara tiba-tiba di Muzium Kebangsaan Corvette di sini kelmarin. 
Lapan buah kereta model Corvette itu mempunyai nilai yang tinggi dalam sejarah pembuatan kenderaan di Amerika Syarikat. 
Kereta yang jatuh ke dalam lubang itu ialah Corvette hitam keluaran tahun 1962, kereta PPG Pace keluaran 1984, 1 Millionth Corvette berwarna putih buatan tahun 1992 dan kereta Ruby Red Corvette yang dikeluarkan pada tahun 1993. 
Kereta Mallett Hammer Z06 Corvette buatan tahun 2001 dan kereta putih 1.5 Millionth Corvette yang dikeluarkan pada tahun 2009 turut terjatuh ke dalam lubang itu. 
Kesemua kereta itu adalah milik muzium tersebut. 
Dua buah lagi kereta iaitu ZR-1 Spyder keluaran tahun 1993 dan ZR1 Blue Devil buatan tahun 2009 yang terjatuh itu dipinjam dari syarikat General Motors. 
Satu pasukan kejuruteraan dari Universiti Barat Kentucky sedang menyiasat kestabilan tanah di muzium itu. 
Lubang itu terbentuk pada pukul 5.40 pagi waktu tempatan. 
Tiada seorang pun kakitangan muzium yang cedera dalam kejadian itu. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.