Jumaat, 7 Februari 2014

Polis Tangkap Anggota Bomba Yang Sedang Bertugas

Ahli bomba Jakub Gregoire ditangkap kerana tidak mengalihkan kereta bomba ketika sedang menyelamatkan mangsa kemalangan

Jakub Gregoire, 36,  telah berkhidmat dengan Jabatan Bomba Vista Chula, California selama 12 tahun

Pegawai bomba menegaskan kereta bomba diletakkan sedemikian kerana mereka dilatih untuk melindungi kakitangan di lokasi kejadian

Gregoire, seorang veteran 12 tahun dari Jabatan Bomba Chula Vista, tidak percaya dia sedang digari oleh polis

Gregoire dilayan seperti penjenayah walaupun dia seorang ahli bomba terlatih

Rakan sepasukan Gregoire terus memberi pertolongan cemas selepas dia ditahan polis

Gregoire telah ditahan di belakang kereta skuad California Highway Patrol selama 30 minit sebelum dibebaskan 


Persengketaan lama antara jabatan bomba dengan pihak polis di sebuah kawasan di San Diego, tercetus semula pada Selasa lalu apabila seorang pegawai polis menggari tangan seorang ahli bomba kerana tidak mengalihkan kereta bomba, ketika ahli bomba itu sedang menyelamatkan mangsa-mangsa kemalangan. 
Rakaman video di tempat kejadian menunjukkan seorang pegawai California Highway Patrol (CHP) menangkap ahli bomba Chula Vista, Jacub Gregoire, 36, selepas dia enggan mengalihkan kereta bomba yang digunakan untuk melindungi anggota penyelamat dan mangsa kemalangan daripada bahaya lalu lintas di tepi lebuh raya yang sibuk. 
Seorang pegawai CHP yang tidak dikenali telah menggari ahli bomba berkenaan dan menahannya di belakang kereta peronda selama 30 minit, lapor CBS 8, yang juga melaporkan pertelingkahan antara pegawai CHP dengan anggota bomba pada masa lalu. 
Seorang jurucakap CHP memberitahu stesen itu bahawa kereta bomba Gregoire adalah satu-satunya daripada tiga kenderaan yang tidak mengendahkan permintaan pegawai polis itu, tetapi pegawai bomba mengatakan dia mempunyai hak untuk tidak memindahkan kenderaannya. 
Dua orang cedera selepas kereta Ford Mustang melanggar penghadang jalan, lalu terbalik dan tercampak di tapak pembinaan, lapor ABC 10. 
Presiden kesatuan ahli bomba tempatan ketika mengulas hal itu berkata. 
"Saya amat berbangga dengan Jacub. Beliau menjalankan tugas dengan baik," ujar John Hess. 
"Dia berada di sana untuk melindungi rakyat dan dia bersedia mengambil pendirian untuk berbuat demikian." 
Sementara itu komenter di halaman Facebook berpihak kepada Gregoire. 
"Sebagai ahli bomba dengan 30 tahun pengalaman, saya memberi jaminan bahawa kereta bomba itu diletakkan dengan betul untuk menjamin keselamatan maksimum kepada krew," tulis Ernest Chiardonna. 
Seorang pegawai bomba memberitahu CBS 8, terdapat beberapa pertelingkahan antara pegawai CHP dan ahli bomba pada tahun-tahun kebelakangan ini - tetapi ini adalah yang pertama yang berakhir dengan penangkapan. 
Manakala beberapa ahli bomba yang lain menjelaskan kereta bomba itu diletakkan dengan betul untuk melindungi semua individu di tempat kejadian, termasuk polis. 
Pada tahun 2008, juri Missouri menganugerahkan seorang ahli bomba lebih daripada US$17,000 (RM56,905) untuk penangkapan palsu berhubung kejadian yang sama, menurut San Diego Union- Tribune. 
Tidak begitu jelas jika Gregoire akan mengambil tindakan undang-undang. - MailOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.