Isnin, 17 Februari 2014

Sotong Gurita Cuba Rampas Kamera Penyelam

Seekor sotong gurita yang mempunyai lapan kaki cuba merampas sebuah kamera milik seorang penyelam

Penyelam itu tidak menyangka kehadiran sotong tersebut kerana warnanya hampir sama dengan warna batu karang di dasar laut

Imej menunjukkan sotong gurita cuba merampas kamera daripada Murray

Tetapi sotong gurita gagal untuk melarikan kamera itu kerana Murray memegangnya dengan kuat


MONTEREY, California - Seekor sotong gurita yang mempunyai lapan kaki cuba mencuri sebuah kamera milik seorang penyelam di dasar laut Point Lobos di Carmel baru-baru ini. 
Kejadian itu berlaku ketika penyelam tersebut, Warren Murray menyelam bersama seorang rakannya, David Malvestuto. 
Murray yang sedang merakamkan gambar di dasar laut tidak menyangka kehadiran sotong tersebut kerana warnanya hampir sama dengan warna batu karang di dasar laut. 
Namun, sotong tersebut gagal untuk melarikan kamera itu kerana Murray bertindak memegangnya dengan kuat walaupun ia cuba dirampas haiwan tersebut dengan menggunakan kakinya. 
Sotong itu kemudian bergerak meninggalkan Murray selepas ia gagal untuk melarikan kamera itu. 
Berita tersebut mendapat liputan berita NBC News pada 14 Februari lalu. - Agensi/Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.