Isnin, 17 Februari 2014

Warga Emas Menagih Sejak Umur 20 Tahun?

Seorang lelaki berumur 62 tahun merupakan antara 42 penagih yang ditahan dalam operasi bersepadu (gambar hiasan). Foto: Utusan

Warga emas itu dicekup polis di bawah jambatan Tok Pasai, Kuala Kedah semalam. Foto: Blog Merah Silu


ALOR SETAR - Hajat seorang warga emas yang juga datuk kepada lapan cucu mendapat bekalan dadah untuk melepaskan gian di bawah jambatan Tok Pasai, Kuala Kedah di sini tidak kesampaian apabila lelaki itu dicekup polis semalam. 
Lelaki berumur 62 tahun itu merupakan antara 42 penagih yang ditahan dalam operasi bersepadu selama enam jam bermula kira-kira pukul 6.30 pagi yang dilakukan pasukan polis bagi membanteras kegiatan itu. 
Warga emas yang dikenali dengan panggilan Pak Long itu memberitahu, dia mula menjadi penagih dadah sejak berusia 20 tahun dan sering mendapatkan dadah jenis heroin daripada beberapa pengedar dadah di kawasan tersebut. - Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.