Jumaat, 14 Mac 2014

10 Syarikat Penerbangan Paling Selamat Di Dunia



Majalah bulanan Travel + Leisure terbitan American Express Publishing Corp mengulas ranking keselamatan penerbangan di dunia berdasarkan data Air Transport Rating Agency (ATRA) yang berpangkalan di Switzerland dan Jet Airliner Crash Data Evaluation Centre (JACDEC) yang berpusat di Jerman. 
Kedua badan penarafan penerbangan ini menggunakan metodologi berbeza yang juga menghasilkan keputusan berbeza. ATRA menggunakan pendekatan berdasarkan penilaian risiko dan analisis data mutakhir. 
Manakala JACDEC menggunakan pelbagai faktor untuk analisis tahunan, termasuk insiden kemalangan dan kehilangan pesawat dalam tempoh 30 tahun operasi. 
Travel + Leisure menyenaraikan 20 syarikat penerbangan dan JACDEC menyenaraikan 60 syarikat sejak tahun 2012 dan menambah nilai pada masing-masing ranking syarikat penerbangan berkenaan. 
Manakala China Daily, akhbar terbitan Beijing, menambah syarat syarikat penerbangan yang selamat dengan melihat jumlah armada baru, berdasar penilaian Skytrax.
10 . US Airways, AS


24 mata - Sebagai salah satu syarikat penerbangan tertua di AS, US Air ditubuhkan pada tahun 1939 sebagai syarikat penerbangan yang mengendalikan laluan di ruang angkasa Ohio River Valley. Muncul sebagai raksasa penerbangan dengan kekuatan armada 600 pesawat yang berkhidmat menghubungkan 200 bandar. 
Dalam tempoh beberapa tahun akan datang, perkhidmatan penerbangannya akan menggunakan teknologi baru, memberi insentif kepada pekerjanya, menambahbaik kempen perkhidmatan pelanggannya, memperbaiki reputasinya dan pengendalian bagasinya.

9 . Delta, AS


25 mata - Mampu menarik 164 juta penumpang pada tahun 2012, dan merupakan syarikat penerbangan tunggal terbesar di dunia. Syarikat penerbangan yang berpusat di Atlanta, Georgia, ini mempunyai rekod keselamatan yang cukup menarik kerana Delta mengendalikan 1.8 juta penumpang setiap tahun.

8 . United/Continental, AS



26 mata - Merupakan syarikat usaha sama yang terbesar di dunia, dengan United berpangkalan di Chicago dan Continental yang berpusat di Houston. Kedua-dua syarikat bergabung pada tahun 2010. 
Syarikat usaha sama ini memiliki 1,260 pesawat yang bergerak ke 370 destinasi penerbangan. Kedua buah syarikat ini sudah berjaya mengatasi perbezaan budaya korporat dan mereka mempunyai reputasi yang tinggi berkaitan keselamatan penerbangan.

7 . Emirates, Emiriah Arab


26.5 mata - Merupakan syarikat yang berpangkalan di Dubai, pernah mengalami kemalangan dua kali sejak beroperasi 28 tahun yang lalu. Terkenal kerana penerbangan mewah. Kini Emirates juga menawarkan bilik mandi dalam penerbangannya, spa mini, lounge bar, dan bilik mewah persendirian dengan tempat duduk rebah yang boleh digunakan sebagai tempat tidur .

6. KLM, Belanda


29 mata - Ditubuhkan pada tahun 1919, Koninklijke Luchtvaart atau KLM merupakan syarikat penerbangan tertua yang masih beroperasi sehingga kini sebagai penerbangan komersial. Dalam tempoh lima tahun akan datang, syarikat penerbangan Belanda ini (yang kini digabungkan dengan Air France) akan menggantikan seluruh armadanya dengan pesawat-pesawat baru, termasuk Boeing 787 Dreamliner.

5. Cathay Pacific, Hong Kong


30 mata - Syarikat ini memulakan perniagaannya berdasarkan cita-cita dua bekas juru terbang pesawat pejuang yang menerbangkan "The Hump" berulang-alik antara Burma (Myanmar) dan China semasa Perang Dunia Kedua. Cathay (CX) sering mendapat kedudukan teratas sebagai pengendali penerbangan penumpang dan amalan keselamatan.

4. Southwest, AS


32 mata - Syarikat penerbangan Southwest dulunya terkenal sebagai syarikat penerbangan murah yang selamat. Syarikat besar ini tidak mengenakan bayaran untuk bagasi pertama atau kedua dan anak kapalnya terkenal kerana menyenangkan, peramah dan inovatif.

3. Qantas, Australia


32 mata - Dalam filem Rainman, Raymond Babbitt (dilakonkan oleh Dustin Hoffman) mengatakan bahawa Qantas adalah syarikat penerbangan yang tidak pernah mengalami kemalangan. Kenyataan ini hampir tepat kerana sejak tahun 1951, Qantas tidak pernah mengalami kemalangan maut. 
Ditubuhkan pada tahun 1920, pada mulanya Qantas hanya mengendalikan penerbangan jarak dekat dari Quensland ke Northern Territory. Ia kemudiannya muncul sebagai syarikat penerbangan jarak jauh yang melakukan penerbangan dalam tempoh sembilan hari dari London ke Sydney! Kini dengan pesawat Boeing 380, Qantas mampu memendekkan masa perjalanan jauh itu menjadi 23 jam sahaja.

2. British Airways, UK


33 mata - Rekod keselamatan British Airways terbukti unggul sejak memulakan operasi dengan pelbagai jenis pesawat bermula daripada pesawat Vickers Vanguard pada 1974 hingga ke era pesawat jet supersonik Corcorde. BA juga pernah menggunakan pesawatnya untuk kepentingan latihan keselamatan masyarakat.

1. Lufthansa, Jerman


37 mata - Syarikat penerbangan ini ditubuhkan pada tahun 1920 dan menyambung semula khidmatnya selepas tamat Perang Dunia II, Luthansa membuktikan bahawa syarikat itu merupakan pengendali penerbangan yang handal dan selamat sejak ditubuhkan. Kini armada syarikat Jerman ini memiliki koleksi 300 pesawat yang menghubungkan 200 destinasi penerbangan. - atjehcyber.net


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.