Selasa, 25 Mac 2014

Lagi Pesawat MAS Bermasalah

Pesawat penerbangan MH066 ke Korea dilencongkan ke Hong Kong kerana generatornya tidak berfungsi. Foto: NST

Pesawat penerbangan MH066 di lapangan terbang Hong Kong. Foto: NST 

Jumaat lepas, pesawat MAS MH144 yang mendarat di Katmandu, Nepal juga menghadapi masalah. Foto: FMT.Com

Pesawat MH144 dirempuh sekumpulan itik ketika ia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan. Foto: weehingtong

Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Katmandu, Nepal. Foto: weehingtong


KUALA LUMPUR - Penerbangan Malaysia (MAS) semalam mengesahkan pesawat MH066 syarikat penerbangan itu dari Kuala Lumpur ke Incheon, Korea Selatan malam kelmarin terpaksa dilencongkan ke Hong Kong ekoran generator kapal terbang yang tidak berfungsi. 
Kejadian berlaku ketika pesawat Airbus A330-300 itu dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dengan membawa 271 penumpang. 
Ini kali ketiga nasib malang menimpa MAS dalam tempoh 17 hari setelah pesawat Boeing 777-200ER hilang di perairan Vietnam bersama 239 penumpang dan kru pada 8 Mac lalu. 
Pada Jumaat lepas, sebuah lagi pesawat MAS MH144 yang membawa 180 penumpang dirempuh sekumpulan itik ketika ia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Katmandu, Nepal yang mengakibatkan penutup lensa lampu mendarat pesawat itu pecah. - Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.