Ahad, 2 Mac 2014

Lelaki Mati Hidup Semula?

Walter Williams yang disahkan mati oleh doktor bangkit sejurus sebelum dia diawet

Kisah William dilaporkan di media tempatan dan dimuatnaik ke laman Youtube


MISSISSIPPI - Seorang lelaki yang disahkan mati oleh doktor bangkit sejurus sebelum dia diawet. 
Kejadian berlaku di sebuah rumah mayat di Lexington, di sini, kelmarin. 
Menurut laporan, pekerja rumah mayat itu bersiap sedia untuk mengawet Walter Williams apabila dia mula bergerak. 
Terdahulu, doktor memeriksanya dan mengesahkan dia mati pada jam 9 malam. Bagaimanapun, pada jam 2.30 pagi, pekerja rumah mayat menelefon anak saudaranya untuk memberitahu dia masih hidup. 
“Saya melihat sendiri pekerja hospital memasukkan bapa saudara saya ke dalam beg mayat untuk dihantar ke rumah mayat. 
“Tidak lama selepas itu saya mendapat telefon dari rumah mayat mengatakan bapa saudara saya masih hidup,” kata Eddie Haster. 
Apabila ditanya mengenai kejadian itu, seorang doktor berkata, kejadian mungkin berpunca daripada perentak jantung terhenti sebelum berfungsi semula. -AFP/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.