Jumaat, 14 Mac 2014

Pengikut Simpan Mayat Guru

 Mayat Ashutosh Maharaj, ketua kumpulan Divya Jyoti Jagrati Sansthan disimpan dalam peti sejuk

Para pengikut Maharaj percaya beliau melakukan ‘samadhi’ atau meditasi peringkat tertinggi

Keadaan di pintu masuk markas kumpulan Maharaj

Poster Maharaj terpampang di sebatang jalan raya di Jalandhar. Foto: AFP


CHANDIGARH, India - Seorang lelaki yang dianggap alim dan diisytiharkan meninggal dunia enam minggu lalu disimpan dalam peti sejuk beku di Punjab apabila pengikutnya yakin dia akan kembali untuk memimpin mereka. 
Jurucakapnya Swami Vishalanand berkata, Ashutosh Maharaj yang diistyiharkan mati secara klinikal pada 29 Januari lalu, disimpan dalam peti sejuk itu dengan dijaga pengikutnya. 
Maharaj yang dipercayai berusia lewat 70-an mengetuai kumpulan Divya Jyoti Jagrati Sansthan dan dikatakan mempunyai jutaan pengikut di seluruh dunia. 
Menurut Vishalanand, ketua mereka itu tidak mati, sebaliknya dalam keadaan dikenali sebagai ‘samadhi’ iaitu peringkat tertinggi meditasi dan sebenarnya masih dalam keadaan sedar. 
Menurutnya, pengikutnya kini setia menunggu Maharaj mengakhiri tempoh meditasinya itu. 
Sehingga waktu itu, ashram yang terletak di bandar Nurmahal akan tetap dibuka dengan pengikut Maharaj meneruskan amalan dan meditasi mereka sendiri. 
“Mahara-ji masih menghantar pelbagai pesanan melalui pengikutnya yang berada dalam keadaan meditasi. 
“Pesanannya adalah supaya mereka menjaga dan memelihara badannya sehingga tiba masa untuk dia kembali kepada kami,” katanya. 
Bagaimanapun, isu itu sudah menjadi kes mahkamah apabila bekas pemandu Maharaj memfailkan permohonan membantahnya kerana mendakwa pengikutnya enggan melepaskan mayat itu kerana mahukan sebahagian daripada hartanya. 
Namun permohonan itu ditolak mahkamah selepas menerima maklumat daripada pihak berkuasa termasuk hospital yang mengesahkan Maharaj sudah meninggal dunia akibat serangan jantung, kata wakil pejabat peguam daerah Punjab Reeta Kohli. - AFP/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.