Isnin, 3 Mac 2014

Tandas Berbentuk Kamera Digital Tarik Perhatian

Bangunan tandas awam di Chongqing, China ini memiliki reka bentuk seperti kamera digital

Terdapat 22 tandas awam berbentuk seperti ini di bandar Chongqing

Tandas berbentuk kamera digital menarik perhatian masyarakat Chongqing

Reka bentuk tandas diluluskan oleh majlis perbandaran tempatan


CHONGQING, China - Sebuah bangunan tandas awam di sini memiliki reka bentuk seperti kamera digital, lapor portal berita metro.co uk kelmarin. 
Sejumlah besar penduduk berasa keliru ketika melihat bangunan tersebut kerana mereka tidak menyangka ia sebenarnya merupakan tandas awam. 
Namun, selepas memasuki bangunan itu, mereka mula mempercayai ia merupakan tandas. 
Beberapa penduduk tempatan menyatakan, bangunan tersebut terletak berdekatan sebuah pasar yang menjual barangan elektrik. - Agensi/Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.