Isnin, 21 April 2014

Lagi Penerbangan MAS Bermasalah

Pesawat MAS MH192 ke Bangalore, India berpatah balik dan selamat mendarat di KLIA jam 1.56 pagi tadi. Foto: NST

Pesawat B737-800 berlepas dari KLIA jan 10.09 malam sebelum terpaksa berpatah balik. Foto: NST

Para penumpang pesawat yang terselamat merasa lega. Foto: Berita Harian


KUALA LUMPUR: Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH192 ke Bangalore, India yang berpatah balik sudah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA ), di Sepang, jam 1.56 pagi ini. 
Ia disahakan MAS dalam laman Twitter syarikat penerbangan itu sebentar tadi.  
Terdalulu, MAS sahkan pesawat MH192 ke Bangalore mengalami masalah pada gear mendarat kanannya dan pesawat terbabit dijadual mendarat cemas di KLIA jam 2 pagi ini.  
Dalam kenyataannya, MAS berkata pesawat B737-800 berlepas dari KLIA jan 10.09 malam sebelum terpaksa berpatah balik. 
"MH192 yang menggunakan pesawat Boeing B737-800 bawa 166 orang iaitu 159 penumpang dan 7 kru," kata MAS. - Berita Harian


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.