Selasa, 8 April 2014

Upah Peratap Profesional Tangisi Kematian

Keluarga atau waris si mati kini boleh mengupah ‘peratap profesional’ untuk berlakon meratapi kematian

Dua peratap profesional sedang berdandan sebelum menjalankan kerja meratap

Tanpa tangisan orang ramai menganggap orang yang meninggal dunia tidak disayangi keluarga atau pernah mengaibkan mereka

Peratap profesional lega selepas selesai menjalankan tugasnya

Selepas selesai tugas menangis, peratap profesional tersenyum menerima wang bayaran


BEIJING - Penduduk China kini boleh mengupah “pelakon” untuk meratapi kematian seseorang jika mereka terlalu sibuk untuk pergi menziarahi keluarga atau waris si mati. 
Dengan bayaran kira-kira RM1,630 tujuh ‘peratap profesional’ akan menangisi kematian itu dengan sewajarnya seperti lazim dilakukan penziarah biasa dalam rituan tradisional Cina.  
Keadaan itu juga membolehkan orang lain tidak malu atau teragak-agak untuk sama meratap.  
Menurut kepercayaan, kematian yang tidak ditangisi menandaka si mati tidak disayangi atau mungkin menyebabkan aib kepada keluarganya. 
Ketua peratap di Feishan di wilayah Fujian, Chen Shuqiang, 35, berkata bisnesnya kini berkembang maju.

“Kebanyakan permintaan adalah untuk peratap di kalangan wanita,” katanya. 
 
Chen berkata, keluarga yang kematian saudara suka jika orang ramai melihat ia diratapi dengan sepenuh hati dan waris begitu bersedih.  
Kata Chen, selain diupah oleh keluarga si mati, mereka juga sering dibayar oleh individu yang terlalu sibuk untuk hadir menziarah mayat berkenaan.  
“Biasanya kami dibayar untuk harga tujuh peratap profesional,” katanya.  
Kebanyakan peratap itu, kata Chen, adalah pelakon.  
Chen sendiri pernah menjadi penyanyi kumpulan opera di sebuah kawasan luar bandar namun pendapatan diperoleh tidak memuaskan.  
Keadaan berubah apabila dia menukar kerjaya sebagai peratap profesional dan pengalamannya sebagai penyanyi banyak memberi kelebihan. - Agensi/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.