Jumaat, 4 April 2014

Tersangkut Di Lubang Parit Kerana Telefon Bimbit

Ella-Anne Birchenough dari Dover, Kent, tersangkut celah parit semasa cuba menyelamatkan telefon bimbitnya

Anggota bomba mengambil masa hanya kira-kira 15 minit untuk menyelamatkan Ella-Anne

Ella-Anne berkata, telefonnya terjatuh ketika dia sedang berbual dengan rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah

Ella-Anne menunjukkan tempat dia tersangkut


LONDON - Seorang remaja perempuan berdepan situasi mencemaskan apabila cuba menyelamatkan telefon bimbitnya yang terjatuh ke dalam parit besar. 
Telefon bimbit Ella-Anne Birchenough, 16, tercicir dalam parit berhampiran rumahnya di Dover, Kent. 
Dia kemudian cuba mengambil alat itu, namun tersangkut dan menghubungi ibunya Joanne Birchenough, untuk mendapatkan bantuan. 
Joanne yang bergegas ke tempat kejadian kemudian menghubungi bomba yang mengambil masa hanya kira-kira 15 minit untuk menyelamatkan Ella-Anne. 
Menceritakan kejadian itu, Ella-Anne berkata, telefon itu terjatuh ketika dia sedang berbual dengan rakannya dalam perjalanan pulang ke rumah. 
“Saya terfikir ‘tidak mungkin saya akan membiarkannya di situ’ sebelum terus terjun mengambilnya,” katanya. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.