Selasa, 15 April 2014

Terselamat Walaupun Dada Tertusuk Pokok

Seorang pemandu lori tertusuk pokok menyebabkan dirinya ‘melekat’ di tempat duduk

Lelaki ini memandu di belakang sebuah lori yang membawa bahan landskap dan pokok sebelum merempuh kenderaan tersebut

Doktor di Hospital Universiti Huaihe mengambil masa empat jam setengah mengeluarkan dahan sepanjang enam meter itu


HENAN - Seorang pemandu lori terselamat dalam kemalangan walaupun badannya tertusuk pokok menyebabkan dirinya ‘melekat’ pada tempat duduknya. 
Doktor di Hospital Universiti Huaihe mengambil masa lebih kurang empat jam setengah untuk mengeluarkan dahan sepanjang enam meter itu daripada mangsa bernama Li, 40.  
Dia kini masih mendapat rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil walaupun mengalami kecederaan serius terhadap organ dalaman dan tisu.  
Li dipercayai memandu di belakang sebuah lagi lori yang membawa bahan landskap dan pokok sebelum merempuh kenderaan terbabit. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.