Rabu, 2 April 2014

Trak Tunda Kereta Kemalangan

Trak tunda terbalik akibat tayarnya pancit di Kilometer 242.5, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), pagi semalam

Penarik kereta, Mohd Shahril Zamri Md Salleh cedera di tangan


REMBAU - “Sebelum ini, kami menarik kereta orang yang terbabit dalam kemalangan tapi kali ini kami pula menjadi mangsa,” kata penarik kereta, Mohd Shahril Zamri Md Salleh, 21, menceritakan detik cemas trak tunda yang dipandu rakannya terbalik akibat tayarnya pancit di Kilometer 242.5, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), pagi semalam. 
Insiden berlaku jam 7 pagi itu turut membabitkan dua kenderaan lain termasuk sebuah kereta yang sedang ditunda oleh Mohd Shahril dan rakannya, Loh Li Fat, 26.  
Mohd Shahril Zamri berkata, ketika kejadian trak berkenaan dipandu Loh dan mereka sedang menunda sebuah kereta Toyota Vios yang rosak akibat kemalangan di Melaka untuk dibawa ke bengkel di Cheras, Kuala Lumpur.  
“Saya dan seorang lagi rakan, Mohd Zulhafiz Daud, 21, duduk di tempat duduk hadapan kereta ditunda sementara Loh memandu trak tunda turut dinaiki pelanggan berusia 40-an,” katanya ditemui di tempat kejadian. 
Katanya, akibat keletihan dia terlelap seketika sebaik keluar dari Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka sebelum terjaga apabila mendengar bunyi letupan seperti tayar pecah. 
“Beberapa saat kemudian kereta berpusing dan terbalik. Sukar nak menggambarkan perasaan ketika itu kerana takut kenderaan lain gagal mengelak lalu merempuh kami. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.