Jumaat, 8 Ogos 2014

Guru Baru Buka Seluar Dalam Kelas

Lorie Hill, datang bertugas pada hari pertama dalam keadaan mabuk dan menanggalkan seluar di dalam kelas

Kejadian berlaku Isnin lalu di Sekolah Menengah Wagoner

Ketua Polis Wagoner, Bob Haley berkata, perbuatan Lorie menanggalkan seluarnya menyebabkan petugas sekolah terkejut


WAGONER, Oklahoma - Hari pertama seorang guru wanita bertugas di sebuah sekolah menengah pasti akan dikenang ramai, termasuk anak muridnya, apabila dia menanggalkan seluar di dalam kelas. 
Media semalam melaporkan Lorie Hill, datang bertugas dalam keadaan mabuk. 
Tanpa mendaftar kehadirannya lebih awal, Lorie, 49, meluru ke sebuah kelas kosong. 
Menyangka ia adalah biliknya, Lorie kemudian menanggalkan seluarnya dan tindakan itu mengejutkan pelajar di luar kelas. 
Dia kemudian ditahan. 
Sherif di Oklahoma berkata kejadian berlaku Isnin lalu di Sekolah Menengah Wagoner. 
Polis yang dipanggil ke sekolah berkenaan turut menemui botol minuman keras di dalam kenderaan yang dipandu Lorie. 
Ketua Polis Wagoner, Bob Haley berkata, perbuatan Lorie menanggalkan seluarnya menyebabkan petugas di sekolah berkenaan terkejut. 
Mereka juga mendakwa tidak pernah melihat Lorie sebelum itu. 
Mereka sebenarnya tidak tahu Lorie adalah rakan sekerja baru kerana dia gagal mendaftar dirinya pada hari pertama bertugas. - Agensi/ myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.