Rabu, 13 Ogos 2014

Kematian Steve Jobs Diragui?

Gambar selfie lelaki berbaju merah ini menghangatkan perbincangan sama ada Jobs masih hidup atau sebaliknya.

Mendiang Steve Jobs meninggal dunia pada 5 Oktober 2011


RIO De JANEIRO - Kemunculan imej lelaki berwajah mirip pengasas bersama Apple Inc yang sudah meninggal dunia pada 2011 menimbulkan perbincangan baru mengenai kesahihan kematiannya. 
Kemunculan imej menyerupai Steve Jobs itu dikesan pada satu selfie seorang lelaki yang dimuat naik di laman sesawang Reddit. 
Menggunakan nama TheHorseSizedDuck, lelaki terbabit merakam gambarnya di kawasan pantai Rio de Janeiro dan secara tidak sengaja merekodkan seorang lelaki berkerusi roda seakan-akan Jobs. 
Dia dilihat berbaju hitam dan ditolak lelaki lain. 
Berdasarkan janggut, kaca mata, rambut dan gayanya seseorang boleh diyakinkan lelaki terbabit adalah Jobs. 
Bagaimanapun, lapisan kedua baju dipakai pada bahagian dalam itu menimbulkan tanda tanya kerana ia bercorak terang yang bercanggah dengan kebiasaan Jobs. 
Jobs didapati menghidap penyakit barah pankreas dan menghembus nafas terakhirnya jam 3 petang, 5 Oktober 2011. 
Kemunculan imej menyerupai Jobs itu merancakkan perbincangan pelayar Internet terutama dalam kalangan peminat teori konspirasi. 
Pengguna Reddit yang dikenali sebagai BestTastingFish memberi komen: “Kami perlukan lebih banyak maklumat mengenai gambar ini seperti di mana ia diambil dan adakah Jobs benar-benar berada di situ. 
“Secara peribadi, saya ragu-ragu.” katanya.  
Namun, ada juga menganggap gambar ini diambil ketika Jobs masih hidup dan baru disiarkan sekarang.- Agensi/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.