Selasa, 12 Ogos 2014

Lelaki Terlebih Berani

Seorang lelaki memberikan isyarat bagus di depan sebuah perangkap buaya di Taman Negara Kakadu, Australia pada Ahad lalu

Pada bulan April tahun ini dua orang telah dikesan memancing berhampiran sangkar buaya ini

Pihak berkuasa Taman Negara menyelar tingkah laku yang berbahaya ini


CANBERRA - Pihak berkuasa Taman Negara Australia menyiarkan gambar seorang pengunjung memberikan isyarat bagus di depan sebuah perangkap buaya di Taman Negara Kakadu, Wilayah Utara dekat sini, lapor akhbar MailOnline semalam. 
Gambar tersebut menunjukkan seorang lelaki yang memakai topi koboi. 
Dalam satu kenyataan di blog Parks Australia, Pengurus Operasi Taman Negara, Anthony Contarino menyiarkan gambar yang dirakamkan oleh seorang pemandu arah. Jim Falls. 
Contarino memberi amaran kepada para pengunjung supaya tidak melakukan tindakan bahaya seperti yang dilakukan lelaki tersebut. - Agensi/Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.