Selasa, 19 Ogos 2014

Perkahwinan Arab-Yahudi Dibantah

Perkahwinan Mahmoud Mansour yang beragama Islam dan Maral Malka yang beragama Yahudi menimbulkan kekecohan

Tindakan Malka memeluk Islam sebelum berkahwin dikecam sebagai pengkhianat Yahudi oleh penunjuk perasaan

Perkahwinan Mahmoud turut dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat handainya

Sebahagian penunjuk perasaan Yahudi yang membantah perkahwinan Mahmoud dan Maral di Rishon Lezion

Polis Israel terpaksa mengadakan sekatan bagi menghalang lebih 200 penunjuk perasaan yang membantah perkahwinan itu

Terdapat juga penunjuk perasaan yang menyokong perkahwinan ini

Mahmoud Mansour  dan Maral Malka sedang menari sebagai meraikan perkahwinan mereka



RISHON LEZION, Israel - Polis Israel kelmarin terpaksa mengadakan sekatan bagi menghalang lebih 200 penunjuk perasaan yang membantah perkahwinan seorang wanita Yahudi dengan lelaki Muslim. 
Berpuluh-puluh anggota polis termasuk daripada unit elit terpaksa menahan perarakan masyarakat Yahudi yang melaungkan 'kematian untuk Arab' serta cuba merempuh pintu dewan di mana perkahwinan itu berlangsung. 
Empat daripada penunjuk perasaan itu ditangkap dan tiada kecederaan dilaporkan. 
Sebelum itu, peguam kepada pasangan itu, Maral Malka, 23, dan Mahmoud Mansour, 26, kedua-duanya dari Jaffa di Tel Aviv gagal mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang penunjuk perasaan. 
Dia cuma mendapat bantuan daripada pihak polis bagi menyekat penunjuk perasaan kira-kira 200 meter daripada menghampiri lokasi perkahwinan pasangan berkenaan yang diadakan di sebuah dewan di Rishon Lezion. 
Bantahan itu timbul ekoran ketegangan antara masyarakat Yahudi dan bangsa Arab di Israel yang tercetus lebih dua bulan lalu termasuk dalam isu penculikan dan pembunuhan tiga remaja Israel diikuti kematian seorang remaja Palestin di Baitulmuqaddis. 
Pasangan berkenaan bagaimanapun memberitahu stesen televisyen Israel, Channel 2 TV bahawa bantahan itu tidak mematahkan semangatnya meneruskan perkahwinan. 
"Kami menari dan bersuka ria sehingga matahari terbit, kami memilih untuk hidup bersama," katanya. 
Malka yang berketurunan Yahudi memeluk Islam sebelum berkahwin dikecam sebagai pengkhianat Yahudi oleh penunjuk perasaan. 
Bagaimana suatu yang mengejutkan, perkahwinan itu turut dihadiri oleh Menteri Kesihatan Israel, Yael German dan beliau menyifatkan penunjuk perasaan dan perkahwinan yang berlangsung sebagai ekspresi demokrasi. - Reuters/ Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.