Sabtu, 23 Ogos 2014

Ribuan Makhluk Biru Terdampar Di Pantai AS

Ribuan makhluk hidupan laut berwarna biru ditemui terdampar di tepi Pantai Barat bermula dari Washington ke California Selatan

Penduduk tempatan sedang melihat makhluk biru di pantai San Pedro, California

Makhluk yang kelihatan seperti spesies ubur-ubur ini dikenali sebagai Velella velella

Makhluk ini sebesar tapak tangan dan biasanya ditemui di dalam lautan


LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Ribuan makhluk hidupan laut berwarna biru ditemui terdampar di tepi Pantai Barat bermula dari Washington ke California Selatan, lapor akhbar Daily News kelmarin. 
Makhluk itu yang kelihatan seperti spesies ubur-ubur itu dikenali sebagai Velella velella. 
Pada kebiasaannya ia ditemui di tengah lautan 
Namun, kejadian berkenaan mencetuskan keterujaan dalam kalangan para pengunjung yang melihatnya buat pertama kali. 
Ia sebesar tapak tangan dan sering ditemui di dalam lautan. 
Menurut Pengerusi Jabatan Biologi di Kolej Semenanjung Monterey di Monterey, Dr. Kevin Raskoff, ubur-ubur itu boleh menyengat manusia. 
Namun, katanya, sengatan itu tidak membawa maut. - Agensi/ Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.