Rabu, 10 Disember 2014

Rumah Ekstrim

Cliff House dibina ditepi tebing dan kelihatan seperti terapung di atas paras laut.

Konsep kediaman yang memberi pemandangan menarik Laut India.

Arkitek cuba membina konsep rumah kediaman yang mempunyai hubungan langsung dengan lautan.


Jika anda impikan mempunyai kediaman di atas lautan, mungkin rumah konsep di pantai barat daya Australia ini mungkin boleh memenuhi hasrat anda.
Binaannya yang kelihatan berbahaya dengan hanya berpaut pada tepi tebing, terletak beberapa meter sahaja di atas paras laut.
Kediaman konsep yang dinamakan Cliff House (rumah tebing) ini dibina menegak pada lereng tebing dan berpaut pada palang sokongan yang dipasak pada tebing berkenaan.
Idea Cliff House diilhamkan oleh pakar seni bina rumah pasang siap Modscape Concept yang mendapat inspirasi itu melalui bentuk teritip yang melekat pada badan kapal. Rumah konsep berkenaan yang kelihatan tergantung hampir sepenuhnya membuatkan ia seperti tebing tambahan pada lanskap berkenaan. 
Menerusi laman web mereka, agensi arkitek berkenaan menyatakan sasaran mereka adalah untuk membina kediaman yang mempunyai “hubungan langsung dengan laut”.
Rumah lima tingkat itu akan dibina daripada model pasang siap yang disusun secara menegak.
Setiap ‘bilik’ akan dibina di atas satu sama lain secara bertingkat dan dilengkapi alang besi yang dipasak pada tebing.
Penghuni rumah berkenaan akan memasuki kediaman mereka melalui tingkat atas yang separas dengan tebing dan kemudiannya menggunakan lif atau tangga untuk pergi ke bilik tidur, ruang tamu atau dapur.
Tingkat paling bawah kediaman itu terdiri daripada ruangan terbuka yang seolah-olah terapung di atas air memberikannya sentuhan menakjubkan - atau mungkin menakutkan- pada ruangan terbuka kediaman itu serta pemandangan laut yang menarik. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.