Seramai 130 penumpang dari Rio de Janeiro ke Sao Paulo terperangkap dalam kapal terbang |
Penumpang yang terdesak terpaksa bertindak membuka pintu kecemasan pesawat kerana alat pendingin hawanya rosak |
Rio kini mengalami cuaca panas terik mencecah 40 darjah Celsius |
Penumpang kemudiannya dipindahkan ke pesawat lain |
SAO PAULO - Penumpang yang terperangkap dalam sebuah kapal terbang ketika mengalami gangguan pendingin hawa akibat cuaca terlalu panas bertindak membuka pintu kecemasan, kelmarin.
Stesen televisyen Globo menyiarkan rakaman dalam pesawat itu menunjukkan penumpang yang kepanasan dengan mengipas diri mereka sebelum bertindak membuka pintu kecemasan terbabit.
Pesawat yang membawa 130 penumpang dari Rio de Janeiro ke Sao Paulo terperangkap ketika kapal terbang itu berada di atas landasan selama sejam.
Syarikat penerbangan Brazil, Gol berkata, bahagian pendingin hawa ketika pesawat berada di darat mengalami kerosakan.
Penumpang kemudiannya dipindahkan ke pesawat lain.
"Kita mengambil segala langkah yang perlu untuk mengurangkan rasa tidak puas hati penumpang," katanya.
Rio sedang mengalami cuaca panas terik dengan suhu mencecah 40 darjah Celsius. - AP/ Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.