Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 11 Oktober 2012

Makan Tomato Boleh Kurang Risiko Angin Ahmar


Satu kajian yang dijalankan selama 12 tahun oleh Universiti Eastern Finland di bandar Kuopio terhadap 1,000 lelaki pertengahan umur mendapati, makan buah tomato secara berterusan boleh mengurangkan risiko mendapat angin ahmar. 
Secara umum, kajian itu mendapati, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran memberi kesan lebih baik kepada anggota badan. "Kajian ini memperkukuh bukti bahawa diet yang memberi tumpuan kepada buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko serangan angin ahmar," menurut penulis kajian, Jouni Karppi. 
Faktor utama yang mengurangkan risiko angin ahmar ialah kehadiran unsur antioksida kuat iaitu 'lycopene,' menurut kajian penyelidik Finland dalam jurnal Neurology. 
Ia menunjukkan bahawa lelaki yang memiliki kadar 'lycopene' tinggi dalam darah mempunyai peluang 55 peratus lebih rendah untuk diserang angin ahmar. 
Sementara itu, di kalangan 258 lelaki dengan tahap terendah 'lycopene' dalam darah, hampir satu dalam 10 diserang angin ahmar. Tetapi, dikalangan 259 peserta yang mempunyai kandungan antioksida tinggi, ia menjadi satu setiap 25 orang. 
Hubung kait antara tahap 'lycopene' tertinggi mempunyai 59 peratus risiko lebih rendah mendapat serangan angin ahmar yang disebabkan oleh darah beku. 
Peserta dengan tahap 'lycopene' tertinggi mempunyai 59 peratus risiko lebih rendah mendapat serangan anging ahmar berpunca daripada darah beku dibandingkan lelaki yang memiliki kadar antioksida terendah. 
Secara keseluruhannya, 67 lelaki mendapat serangan angin ahmar sepanjang tempoh kajian. 
 
Sumber: AFP



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.