Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 6 Mac 2013

Batman Gempal Kejutkan Polis British





LONDON - Seorang lelaki berkostum Batman memasuki sebuah balai polis pada tengah malam dan memberitahu polis, "Saya telah menangkap ini untuk kamu!" ketika menyerahkan penjenyah. 
Polis Yorkshire Barat, utara England, tergamam selepas pejuang misteri itu menghantar suspek ke balai polis bandar Bradford awal pagi Khamis lepas. 
Memakai kostum lengkap adiwara buku komik, beliau kemudian segera menghilangkan diri dalam kegelapan malam untuk menentang jenayah di Bradford, menurut Polis Yorkshire Barat. 
Polis telah mengeluarkan sekeping gambar CCTV 'pejuang bertopeng' yang berbadan gempal yang tiba di balai polis bersama tahanannya. 
Polis menyatakan suspek yang berusia 27 tahun itu dikehendaki kerana terlibat dalam rangkaian jenayah dan akan didakwa Jumaat ini kerana kesalahan memiliki barang curi dan menipu. 
"Orang yang membawa lelaki yang dikehendaki ini ke balai polis memakai kostum lengkap Batman, namun identitinya masih belum diketahui," kata jurucakap polis.
Polis kawasan kejiranan Buttershaw Bradford mendedahkan maklumat berkenaan dalam laman Facebook mereka dan insiden itu dirakamkan CCTV - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.