Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 19 April 2013

Mala Petaka Akibat Letupan Kilang Baja Di Texas

Beginilah keadaan selepas kilang baja meletup di Texas, bagaikan padang jarak padang terkukur

Pasukan penyelamat mula mencari mayat anggota bomba yang maut semasa memadam kebakaran sebelum letupan berlaku

Anggota bomba sedang mencari dan menyelamat di sebuah apartment yang musnah akibat letupan kilang baja

Kilang baja yang meletup ranap sepenuhnya namun punca letupan belum diketahui setakat ini

Sebanyak 75 premis perniagaan dan rumah kediaman musnah akibat letupan

Bangunan yang musnah ini sebelumnya merupakan kompleks 50 unit apartment

Dianggarkan sebanyak 50 hingga 75 rumah berdekatan kilang baja musnah akibat letupan

Pemandangan dari udara menunjukkan betapa besarnya kemusnahan akibat letupan kilang baja berkenaan

CHICAGO - Sebuah loji baja di Texas meletup semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 60 hingga 70 orang terbunuh, lapor media tempatan di tengah kebimbangan tangki kedua kilang terbabit juga akan terbakar. 
Agensi berita AFP yang memetik kenyataan Pengarah Perkhidmatan Kecemasan West, George Smith menerusi siaran stesen televisyen KWTX melaporkan 60 hingga 70 kematian akibat kejadian itu. 
Berpuluh-puluh rumah musnah manakala lebih 160 orang terpaksa dipindahkan dari sebuah pusat perlindungan berhampiran dan sekurang-kurangnya 100 pesakit dimasukkan ke hospital berikutan letupan kuat di loji terbabit di bandar West, di luar Waco. 
Timbalan ketua jabatan bomba Waco, Don Yeager berkata letupan berlaku selepas jam 8 malam waktu tempatan dipercayai bermula dengan kebakaran di loji terbabit. 
Sekurang-kurangnya empat anggota bomba juga dilaporkan hilang. 
“Kejadian yang berlaku seperti letupan bom nuklear dan keadaan di sini sekarang seperti di zon perang,” kata Datuk Bandar West, Tommy Muska kepada CNN. 
Wujud percanggahan laporan angka kematian selepas letupan di negeri selatan Amerika Syarikat itu, di mana saksi berkata ia menyebabkan bebola api besar melantun ke udara. 
Seorang pentadbir di hospital Providence di Waco, Keith Hopkins memberitahu AFP, kakitangan kecemasan di West juga memberikan angka kematian antara 60 hingga 70 orang. 
Seorang jurucakap Jabatan Keselamatan Awam Texas, D L Wilson memberitahu pemberita beliau tidak mengesahkan atau menafikan angka itu. 
Amerika Syarikat dilanda dua kejadian pengeboman berkembar di Boston pada Isnin dan kebimbangan berikutan surat bercampur racun yang dihantar kepada Presiden Barack Obama dan senator Amerika Syarikat. - AFP / Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.