Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Ahad, 5 Mei 2013

Polis Jakarta Digesa Turunkan Berat Badan

Timbalan Gabenor ibu kota ini, Basuki Tjahaja Purnama

Polis di Jakarta dipanggil Satpol (Satuan Polisi Pamong Praja)

Anggota Satpol sedang menjalani latihan jasmani di Monas, Jakarta Pusat.

JAKARTA - Timbalan Gabenor ibu kota ini, Basuki Tjahaja Purnama, menggesa anggota penguatkuasa yang gemuk supaya menurunkan berat badan sebagai sebahagian daripada cara bagi membolehkan mereka berkhidmat lebih baik 
Pegawai di Agensi Arahan Awam (Satpol PP) perlu lebih bersenam dan mengurangkan pengambilan karbohidrat, kata Basuki. 
“Selain lebih berjoging, kurangkan makan nasi. 
“Jika tidak, bagaimana anda mengejar mereka dengan tubuh gempal seperti itu? Mereka yang buncit perlu berjoging lebih kerap,” kata Basuki pada sidang media di Monas di Jakarta Pusat Selasa lalu. 
Ketua Satpol PP ibu kota ini, Kukuh Hadisantoso, berkata beliau bersedia mematuhi arahan Basuki dan akan melancarkan satu program latihan untuk kakitangan yang gemuk. 
“Saya bersedia menjalankan arahan timbalan gabenor. Kami akan segera membantu kakitangan Satpol PP mencapai berat badan ideal supaya lebih mudah melakukan tugas,” kata Kukuh. 
Ulasan Basuki itu sebagai sebahagian satu gesaan menyeluruh buat pegawai untuk menguat kuasa undang-undang secara perikemanusiaan. 
Basuki menggesa mereka mencari jalan lebih berkesan menangani masalah pelanggaran undang-undang berterusan dan cabaran lain seperti peniaga jalanan yang menyalahi undang-undang. 
“Satpol PP perlu tegas. Kami tidak akan berkompromi dengan mereka yang melanggar undang-undang,” katanya. 
Satu daripada kaedah penyelesaiannya ialah dengan mengenal pasti kawasan yang kerap digunakan oleh peniaga jalanan supaya pihak pihak pentadbiran boleh membeli tanah dan dijadikan kawasan perniagaan. 
“Bagi peniaga kecil, matlamat mereka mudah saja. Mereka mahu berada di kawasan ramai orang dan lokasi terbaik ialah di jalanan kerana tempat orang ramai lalu lalang. - AGENSI / Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.