Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 19 November 2013

Kereta Api Rempuh Bas Mini Di Mesir

Sebuah tren merempuh trak dan bas mini di satu lintasan kereta api dekat kampung Dashur

Seramai 26 orang maut manakala 28 mangsa cedera

Semasa kemalangan, bas mini membawa penumpang yang pulang dari satu majlis perkahwinan

Kemalangan dipercayai berpunca daripada pemandu bas dan trak yang cuba merempuh sekatan di lintasan

Rangkaian kereta api Mesir mempunyai rekod keselamatan buruk

17 orang maut dalam insiden kereta api tergelincir pada 17 Januari lalu


KAHERAH - Seramai 26 orang di Mesir maut manakala 28 mangsa cedera apabila sebuah tren merempuh trak dan bas mini di satu lintasan kereta api di sini semalam, kata jurucakap pihak berkuasa. 
Ketua polis tempatan, Kamal Al-Dali berkata, ketika kejadian, bas mini berkenaan membawa penumpang yang pulang dari satu majlis perkahwinan. 
Menurut Ketua Pihak Berkuasa Kereta Api Mesir, Hussein Zakaria pula, kemalangan dipercayai berpunca daripada pemandu bas dan trak yang cuba merempuh sekatan di lintasan tersebut ketika lampu amaran berhenti menyala. 
"Pemandu bas tidak mempedulikan lampu amaran dan merempuh sekatan di lintasan itu," kata Hussein. 
Menurutnya, kereta api berkenaan terus bergerak hampir 1 kilometer sebelum berhenti selepas pelanggaran berlaku. 
"Pemandu tren selamat dalam insiden ini," tambahnya. 
Rangkaian kereta api Mesir mempunyai rekod keselamatan buruk ekoran kelemahan dalam aspek penyelenggaraan dan pengurusan. 
Sebanyak 17 orang maut dalam insiden kereta api tergelincir pada 17 Januari lalu manakala 47 murid sekolah menemui ajal pada November 2012 apabila bas yang mereka naiki dirempuh sebuah tren. - AFP/Kosmo! Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.