Rabu, 3 Oktober 2012

Feri Terbakar Di Labuan

Kosmo Online

Feri Wawasan Perdana, sebuah feri penumpang yang berulang-alik antara Labuan dan tanah besar Sabah telah terbakar di terminal feri Labuan kelmarin. Kejadian itu menyebabkan beratus orang penumpang yang hendak ke tanah besar Sabah terkandas. 
Kejadian berlaku pada jam 6.10 pagi. Semasa kejadian, terdapat 10 orang krew di atas feri berkenaan. Ketika itu, feri berkenaan sedang bersedia hendak memulakan trip pertama ke Terminal Menumbuk di tanah besar Sabah. Bagaimanapun, penumpang dan kenderaan belum menaiki feri berkenaan. Tiada kecederaan dilaporkan. 
Jabatan Bomba dan Penyelamat mengambil masa selama 15  minit untuk memadamkan kebakaran. Selain feri Wawasan Perdana, sebuah lagi feri ialah Warisan Perdana. Berikutan kejadian itu, perjalanan feri dihentikan buat sementara. 
Cara lain untuk ke tanah besar Sabah ialah dengan menggunakan Feri Kimanis yang dikendalikan oleh Juta Bonus. Manakala feri Wawasan Perdana dan Warisan Perdana dikendalikan oleh Labuan Ferry Corporation (LFC) dan mampu membawa 600 penumpang dan 60 kenderaan dalam satu perjalanan. 
Kes berkenaan sedang disiasat oleh pihak polis untuk mengetahui punca kejadian.

Feri Wawasan Perdana sebelum terbakar. Foto Abu Nuha Corner.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.