Menunggu Kereta Elektrik Sebenar
|
Gambar hiasan. |
Sebenarnya, kereta elektrik
bukanlah suatu yang luar biasa pada masa ini. Sebab, kenderaan yang lebih besar daripada
kereta pun sudah ada yang menggunakan kuasa elektrik. Kereta api atau komuter
misalnya, menggunakan kuasa elektrik untuk bergerak.
Tidak ada masalah dari segi kelajuan. Komuter generasi baru yang bergerak dari KL Sentral ke Ipoh misalnya, mampu mencapai kelajuan melebihi 160 kilometer
sejam ketika melalui beberapa kawasan di luar bandaraya Kuala Lumpur!
Bahkan kereta remote control mainan kanak-kanak pun menggunakan bateri. Apabila bateri berkenaan habis kuasanya, ia akan
dicas semula selama beberapa jam dengan menggunakan pengecas yang akan menukar kuasa elektrik AC kepada DC. Maka
tidak ada apa yang patut dihairankan dengan kejayaan menghasilkan kereta
elektrik pada masa ini.
Sebuah kenderaan yang menggunakan kuasa
elektrik sebenarnya menggunakan motor elektrik untuk menghasilkan tenaga bagi menjalankan
kenderaan itu. Bagi kenderaan biasa, peranan itu dilakukan oleh enjin petrol
atau enjin diesel.
Pada masa ini, alat yang dipanggil power inverter yang boleh
menukarkan kuasa elektrik DC 12 volt menjadi kuasa AC 240 volt sehingga 2500
watt pun sudah banyak dijual di pasaran. Sudah tentu power inverter boleh digunakan untuk menukarkan kuasa DC bateri kereta kepada kuasa AC bagi memutarkan motor elektrik
berkuasa tinggi!
Bagaimanapun, masalah yang dihadapi sekarang menurut pakar automotif ialah bateri. Bagi menghasilkan sebuah kereta elektrik yang
efisien, sejenis bateri kompak (compact) tetapi amat berkuasa (powerful) amat
diperlukan. Selain itu, kuasa bateri itu juga hendaklah tahan lama. Yang lebih
penting lagi ialah, bateri itu boleh dicaj semula dalam masa singkat, sesingkat
kita mengisi minyak kereta di stesen minyak!
Sebagai analogi, mari kita tinjau bateri handphone
kita. Handphone memerlukan kuasa 4.5 volt. Jika menggunakan bateri
biasa, 3 bateri bersaiz AA atau AAA diperlukan untuk mengeluarkan kuasa sebanyak
itu. Tetapi bateri jenis AAA atau AA terlalu besar dari segi saiz dan kuasanya pula cepat habis,
selain memerlukan masa yang lama untuk mengecas semula.
Mujurlah masalah itu telah diselesaikan dengan
penciptaan bateri yang nipis tapi amat berkuasa. Hasilnya, handphone kita kini hanya setebal lebih kurang 1 cm sahaja kerana ianya menggunakan bateri yang nipis.
Namun masalah ini belum dapat diselesaikan bagi
kereta. Maka kita perlu menunggu lagi sehingga bateri yang paling ideal dihasilkan untuk kereta elektrik, sebelum kita mampu membuat kereta elektrik yang sebenarnya.
Soalnya, siapakah yang akan menjadi pihak pertama membuat penemuan dan menghasilkan bateri seperti itu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.