Jumaat, 5 Oktober 2012

Israel Akan Pupus Sepuluh Tahun Lagi?

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad pernah menyebut bahawa Israel akan pupus dari peta dunia

Henry Kissinger, mantan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) juga berkata Israel akan pupus dari peta dunia

Kissinger ialah warga AS keturunan Yahudi yang menjadi Setiausaha Negara AS semasa pentadbiran Presiden Richard Nixon

Kissinger juga merupakan Setiausaha Negara AS semasa pentadbiran Presiden Gerald Ford

Laporan US Intelligence Community menyebut 16 badan perisikan AS bersetuju kelangsungan Israel tidak akan dapat dipertahankan


Rupanya, bukan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad sahaja yang menyebut Israel akan pupus dari peta dunia. Bahkan, Henry Kissinger, mantan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) juga berkata begitu.
Kissinger dalam kenyataannya pada 3 Oktober 2012 menyebut, dalam tempoh sepuluh tahun akan datang, tidak ada lagi negara yang bernama Israel di dunia ini. Kenyataan Kissinger itu menggemparkan beberapa pihak di Washington kerana mereka tidak menyangka beliau boleh berkata begitu.
Henry Kissinger ialah warga AS keturunan Yahudi yang menjadi Setiausaha Negara AS semasa pentadbiran Presiden Richard Nixon dan Presiden Gerald Ford pada tahun 1970-an. Pada zaman beliau, lobi Israel di Washington begitu kuat dan negara super power itu begitu pro Israel.
Bagaimanapun, berdasarkan laporan berjudul Preparing for Post Israel Middle East yang dikeluarkan oleh US Intelligence Community (IC) pada awal tahun ini, kenyataan Kissinger itu ada kebenarannya.
Laporan itu menyebut bahawa, 16 badan perisikan AS bersetuju bahawa Israel tidak akan dapat menahan gerakan pro-Palestin yang terdiri daripada Nasionalis Arab, Kebangkitan Islam dan Republik Islam Iran. Manakala kerajaan AS pada masa hadapan tidak lagi mempunyai kekuatan tentera dan kewangan bagi membantu Israel, selain terpaksa mengutamakan kepentingan nasional mereka.
Kalangan pegawai kerajaan AS melihat perkara ini atas beberapa faktor. Di antaranya, politik negara itu dan aktivis politiknya sudah muak dengan kekuatan fanatisme Israel. Terdapat juga yang merasa benci terhadap dominasi angkuh lobi Israel. Selain itu, masyarakat Yahudi AS tidak lagi bersatu menyokong Israel. Ada juga yang mengandaikan, AS kini diambang muflis.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.