Selasa, 2 Oktober 2012

Wajah Raja Yang Dikasihi Rakyat


Kedaulatan baginda bukan terletak pada mahkota. Bukan pada alat kebesaran. Bukan juga pada protokol diraja. Namun ke mana pun baginda pergi atau di mana pun baginda berada, baginda tetap berdaulat. 

Solat Asar berjemaah di Masjid Kg Pulau Melaka.
Tidak. Baginda tidak mencemar duli kerana baginda bukan pergi ke tempat maksiat. Tapi baginda singgah di masjid untuk menunaikan solat berjemaah bersama-sama rakyat jelata.

Bersalaman dengan rakyat tanpa protokol selepas selesai berjemaah solat Asar.

Baginda mengasihi rakyat jelata.
Kegembiraan di wajah rakyat kerana dapat bersalaman dengan Raja.
Rakyat jelata pun mengasihi baginda.
Menteri Besar yang tinggal di rumah kecil.
Berziarah ke rumah menteri besar... hanya sebuah rumah kampung yang sederhana.
Baginda bersalaman dengan tuan rumah sebelum melangkah masuk.
Tapi baginda tidak kisah. Sebab baginda telah biasa melihat kehidupan rakyat biasa. Baginda tidak akan teragak-agak mengunjungi rakyat yang kesusahan dan terkena musibah jika baginda mengetahui. Baginda datang tanpa protokol. Bahkan baginda pernah duduk bersila di atas lantai ketika menjadi tetamu di rumah papan yang usang!
Baginda Sultan bersama Tengku Mahkota di rumah menteri besar.
Penampilan peribadi baginda amat sederhana tetapi rakyat jelata amat segan dan hormat kepada baginda.

Tetamu ini bukan sebarangan orang tetapi Sultan dan Tengku Mahkota.
Lihat betul-betul ruang tamu rumah ini. Ruang tamu ini kecil sahaja tapi menerima tetamu diraja.

Baginda sedang menyampaikan hadiah kepada menteri besar sebelum berangkat pulang.

Rupa-rupanya daulat baginda terletak di hati rakyat jelata. Beruntung sungguhlah rakyat di negeri berkenaan. Semoga Allah melindungi Raja ini dan sentiasa memberi petunjuk kepada baginda
.
Baginda ialah Sultan Muhammad V, Sultan Negeri Kelantan yang menziarahi Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, di rumah Menteri Besar itu di Kg. Pulau Melaka pada 29 September 2012 yang lalu. 
Gambar-gambar dipetik daripada Harakahdaily Online.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.