Orang Mati Hidup Balik?
|
|
Faizal, seorang lelaki berumur 75 tahun di
Padang, Sumatera telah dikebumikan pada hari Sabtu, 15 Januari 2012 yang lalu.
Tetapi tiga hari kemudian iaitu pada 18 Januari 2012, dia telah pulang ke rumah
kira-kira jam 3.30 petang.
Kepulangan Faizal membuatkan ahli keluarganya
yang sedang bersiap-siap untuk mengadakan majlis doa tahlil merasa takut.
Afrizon, 35 tahun anak Faizal menceritakan, ketika ayahnya pulang, tetamu yang datang ke rumah mereka
untuk majlis kenduri arwah lari ketakutan.
Menurut Afrizon, kejadian bermula apabila dia
mengetahui melalui media tentang satu mayat yang tidak dikenali yang ditemui oleh
pihak polis di Lubuk Alung, Kabupaten Padang Pariaman masih berada di bilik mayat
Hospital Dr Djamil Padang. Afrizon mendapati gambar mayat itu mirip wajah ayahnya.
Apabila Afrizon memeriksa mayat itu di
hospital berkenaan, dia mendapati mayat itu mempunyai banyak persamaan dengan
ayahnya. Di antaranya, di bahagian pelipis kiri terdapat parut luka, pada
pergelangan tangan kiri terdapat kesan tulang patah dan di celah-celah jari
manis dan jari hantu terdapat peluru yang sudah sebati dengan dagingnya. Di
bahagian dada pula terdapat kesan tembakan peluru dan di perut ada kesan pembedahan.
Manakala wajah, rambut dan pakaiannya juga mempunyai persamaan dengan ayahnya.
Disebabkan pihak hospital tidak mempunyai
maklumat tentang identiti mayat itu maka Afrizon bersama ahli keluarganya yang
lain datang sekali lagi ke hospital untuk membuat pemeriksaan semula. Akhirnya mereka
sepakat bahawa mayat itu ialah Faizal. Selepas itu mereka membawa pulang
jenazah dan menguruskan pengkebumiannya. Namun rupanya ayah Afrizon masih hidup.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.