Selasa, 6 November 2012

Ayam Disuntik Dengan Antibiotik Disiasat




GEORGE TOWN - Operasi sebuah syarikat pengeluaran produk makanan sejuk beku dan ayam segar terkenal di negara ini mungkin dihentikan jika ujian makmal oleh Kementerian Kesihatan terhadap produk daging ayam keluaran syarikat terbabit didapati mengandungi antibiotik yang diharamkan. 
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai dakwaan terdapat antibiotik yang dikenali sebagai Chloramphenicol pada produk ayam syarikat itu dan kini sedang menunggu keputusan ujian yang dilakukan oleh Bahagian Makanan kementerian tersebut. 
Menurutnya, siasatan awal dibuat dan telah dihantar ke makmal apabila penemuan antibiotik itu dalam daging ayam dikesan oleh pihak veterinary di Sarawak baru-baru ini. 
Kosmo 5.11.2012
_______________________________________________________________________

Saya secara peribadi sudah lama membaca tulisan-tulisan berkaitan perkara ini, sehingga selera saya terhadap daging ayam terencat, termasuk nasi ayam yang menjadi kegemeran saya sebelum itu. Saya pernah terbaca maklumat yang menyatakan bahawa setiap ekor ayam daging akan disuntik dengan antibiotik dan hormone steroid di leher atau di kepak untuk mempercepatkan pembesarannya. Saya juga pernah mendengar cerita ini daripada mereka yang terlibat dalam urusan bisnes ayam ini.
Walau bagaimanapun saya tidak pasti akan kebenarannya sehinggalah saya terbaca berita di atas. Tentang orang yang bercerita kepada saya itu pula, dia memberitahu saya bahawa dia sudah lama berhenti makan daging ayam. Bagi saya pula, saya sedang beralih kepada daging ayam kampung. Tak apalah harganya mahal sedikit, asalkan tidak menjejaskan kesihatan dalam jangka masa panjang. Apalah guna makan ayam daging yang murah, tetapi ayam suntik.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.