Rabu, 7 November 2012

Bomoh Peru Ramal Obama Menang

Ernesto Benavides, seorang bomoh di Peru sedang melakukan ritual tradisional untuk menilik pemenang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat.
LIMA - Jika berbagai tinjauan pendapat di Amerika Syarikat mendapati kedudukan dua calon presiden, Barack Obama dan Mitt Romney, dalam keadaan sama kuat,  namun sekumpulan bomoh tradisional Peru menyatakan sebaliknya. Berdasarkan ramalan mereka, Barack Obama akan memenangi pemilihan presiden kali ini. 
Seramai 12 dukun, mengenakan pakaian tradisional Peru sambil menggunakan marakas, mengunyah daun koka dan meneguk minuman tradisional yang boleh menimbulkan halusinasi, melakukan upacara tradisional itu di bukit San Cristobal di ibu negara Peru, Lima. AFP
_______________________________________________________________________

Pilihan raya Presiden AS nampaknya mendapat perhatian dari berbagai pihak dari seluruh dunia, sehinggakan para bomoh di Peru sanggup melakukan ritual tradisional untuk mengetahui pemenang dalam pilihan raya tersebut.

Namun, tinjauan setakat ini menunjukkan Romney mendahului 19 undi berbanding Obama yang cuma mendapat 3 undi electroral college daripada 270 undi yang diperlukan untuk memenangi pemilihan ini. Apapun, sama-samalah kita tunggu keputusan pilihan raya yang sebenar.
__________________________________ 
Khabar terkini, sehingga jam 9.45 malam waktu tempatan, Obama mendahului 158 undi electoral college berbanding 154 yang dimenangi oleh Romney. 
___________________________________

Khabar paling terkini setakat jam 12.43 tengah malam waktu Timur AS (tengah hari waktu Malaysia), Obama mendapat 280 undi electoral college berbanding 203 yang dimenangi oleh Romney.
Dari segi undi popular, Romney mendapat 44,477,318 (49%) berbanding Obama yang mendapat 44,278,104 (49%). 
Secara teknikalnya, Obama kembali ke White House walaupun mendapat undi popular kurang daripada Romney. Sebab peraturan AS mensyaratkan, calon hendaklah mendapat sekurang-kurangnya 270 undi electoral college untuk diisytiharkan sebagai pemenang.
Walaupun ramalan para bomoh Peru di atas tepat, namun ia hanya secara kebetulan sahaja. Wallahualam. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.