Rabu, 7 November 2012

Insentif Untuk Pelajar Sains?


AMPANG - Kerajaan bercadang untuk memberi insentif dalam bentuk cukai kepada ibu bapa pelajar tingkatan empat dan lima yang mengambil aliran sains di sekolah bagi mendorong lebih ramai pelajar di negara ini memasuki jurusan berkenaan pada masa depan. 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan itu adalah antara perkara yang terkandung dalam laporan jawatankuasa khas yang ditubuh Kementerian Pelajaran sebelum ini bagi mengenal pasti faktor kemerosotan bilangan pelajar sekolah mengambil aliran sains.
_______________________________________________________________________

Satu perkara yang kita jangan lupa, belajar mempunyai hubungan dengan pekerjaan. Selepas tamat belajar, lazimnya orang akan mencari pekerjaan. Trend pekerjaan terkini pula nampaknya lebih menjurus kepada kemahiran. Tanpa kemahiran, seseorang sukar mendapat pekerjaan.
Apakah peluang-peluang yang ada jika seseorang belajar dalam aliran sains di tingkatan empat dan lima? Bagaimana dengan peluang menyambung pelajaran ke peringkat universiti? Bagaimana pula peluang pekerjaan? Apakah cukup setakat menjadi guru? 
Keadaan sudah jauh berubah. Tanpa sebarang jaminan jangka panjang, mungkin tidak ramai yang 'berani' mengambil aliran sains di peringkat sekolah menengah. 
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.