Rabu, 14 November 2012

China Dapat Pemimpin Baru

Xi Jinping (kanan) dan Li Keqiang berjalan beriringan selepas tamat Parti Komunis China ke-18 di Beijing, hari ini. Foto AFP
BEIJING: Presiden China, Hu Jintao, memberi laluan kepada timbalannya, Xi Jinping menjadi pemimpin Parti Komunis negara itu semalam. 
Peralihan jawatan itu adalah kali kedua berlaku secara teratur sejak parti berkenaan berkuasa 63 tahun lalu.
Kongres ditutup di Dewan Besar Rakyat, Hu mengambil kertas di depannya, berjabat tangan dengan orang di belakangnya dan turun pentas. 
Duduk di sebelah Hu ialah bekas pemimpin Jiang Zemin, 86. Jiang dibantu untuk berdiri ketika lagu rasmi Komunis diperdengarkan. 
Selepas itu, Jiang memandang ke arah Hu, berjabat tangan dengannya sebelum dibantu turun pentas. 
Proses penyerahan kuasa oleh Hu dan pemimpin kanan lain berusia lewat 60-an kepada Xi dan bakal pemimpin baru dalam lingkungan 50-an mengambil masa beberapa bulan. 
Pucuk pimpinan baru menghadapi cabaran getir termasuk pertumbuhan semakin perlahan ekonomi kedua terbesar dunia. 
Mereka juga menghadapi tekanan penduduk yang semakin aktif menuntut hak mereka selain hubungan agak keruh dengan negara jiran. 
Sejajar dengan proses peralihan itu, Hu tidak dipilih semula sebagai anggota Jawatankuasa Pusat pada hari terakhir Kongres Parti Komunis. 
Ini menunjukkan beliau tidak lagi sebahagian kepimpinan, kata dua delegasi di sini yang tidak mahu identiti mereka disiarkan kerana senarai rasmi belum diumumkan. 
Mereka berkata, 2,200 delegasi memberi tepukan gemuruh selepas keputusan undi rahsia menunjukkan Xi dipilih sebulat suara untuk menjadi anggota jawatankuasa berkenaan. 
Ia adalah langkah awal sebelum  dinamakan sebagai anggota Jawatankuasa Tetap Politburo dan seterusnya menjadi pemimpin parti. 
Li Keqiang yang dicalonkan untuk menjadi Perdana Menteri juga dipilih sebagai anggota panel itu, lapor agensi berita Xinhua. 
Barisan baru Jawankuasa Tetap Politburo, badan paling berkuasa di China, akan diumumkan hari ini. AP
_______________________________________________________________________

Nampaknya... peralihan kuasa di negara komunis ini... berjalan dengan licin! 
Presiden Hu Jintao dan Perdana Menteri Wen Jiabao yang akan berundur itu... rasanya.. belumlah terlalu tua... dan belumlah terlalu lama di puncak kuasa... namun mereka telah memberi laluan kepada pemimpin baru! 
Pemimpin baru pula dipilih melalui undi rahsia... bukan ditunjuk oleh pemimpin lama! 
Di negara lain... negara demokrasi kononnya... ada pemimpin yang sudah berkhidmat lebih 20 tahun... enggan berundur... atas alasan... agenda perjuangannya belum selesai! 
Tak cukup begitu... sang pemimpin bertindak pula... menjatuhkan calon-calon pengganti yang berpotensi! 
Selepas bersara pun... mantan pemimpin itu... masih lagi sibuk bercakap tentang politik di sana-sini... memuji-muji...  konon zaman pemerintahannyalah paling baik... sungguh keji mantan pemimpin seperti itu!
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.