Khamis, 15 November 2012

Doktor Yang Murah Hati

Dr Dohner bersama seorang pesakit di kliniknya.


RUSHVILLE, Illinois - Seorang doktor perubatan mengenakan bayaran sebanyak AS$5 (RM15.20) untuk setiap pesakit yang mahu memeriksa kesihatan mereka di kliniknya di sini. 
Dr. Russell Dohner yang berusia 87 tahun itu sebelum ini mengenakan bayaran hanya AS$2 (RM6.12) di kliniknya pada tahun 1955. 
"Saya hanya mahu menjadi seorang doktor yang membantu orang ramai yang menghadapi masalah kesihatan," katanya. 
"Saya tidak pernah berhasrat untuk memperoleh banyak wang," tambahnya. 
Setiausaha doktor itu, Edith Moore mengutip bayaran pendaftaran itu. 
Dohner memberitahunya supaya tidak mengambil bayaran tersebut terhadap beberapa pesakit. 
Bagaimanapun, beberapa pesakit membuat bantahan kerana doktor tersebut enggan menerima sebarang bayaran. 
"Saya akan membayar anda AS$20 (RM61.25) pada masa depan," kata salah seorang pesakit. - Agensi
_______________________________________________________________________

Siapa kata orang Amerika materialistik?... tak semuanya... contohnya doktor dalam berita di atas! 
Dia minta bayaran rawatan untuk satu orang di kliniknya...  hanya US$5... atau RM15.20 sahaja! 
Selain itu... dia juga enggan menerima bayaran daripada beberapa orang pesakit... kerana ingin membantu orang ramai! 
Tapi yang peliknya... ada pula pesakit yang membantah... bukan sebab dikenakan bayaran tidak munasabah... tapi kerana diberikan rawatan percuma! 
Kalaulah doktor ini Muslim... ikhlas pula... syurga di akhiratlah balasannya! 
Tentang pesakit pula... kalau perkara begini berlaku... di sebuah negara... yang rakyatnya dididik dengan mentaliti subsidi... sudah tentu mereka akan pulang ke rumah dengan senang hati! 
Lihat saja... bila kerajaan beri bantuan tunai secara percuma... ramai rakyat senang hati... tanpa peduli... dari mana kerajaan dapat duit... sedangkan ramai yang tahu... bajet negara parah... mengalami defisit... sebab perbelanjaan sentiasa melebihi pendapatan... sejak bertahun-tahun yang lalu!
Demikianlah bezanya manusia... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.