Rabu, 7 November 2012

Ecuador Mahu Bina Bangunan Tertinggi Di Dunia

Puncak Bangunan Burj Khalifa, di Dubai nampak sayup-sayup di langit.
QUITO - Ecuador merancang membina sebuah menara setinggi 1.6 kilometer sekali gus menjadi bangunan tertinggi di dunia. 
Timbalan Gabenor Quito, Marcela Costales berkata, selain menarik ramai pelancong, menara itu akan menjadi simbol penghormatan kepada budaya penduduk pribumi, Quitu-Cara. 
Costales berkata, beberapa pelabur asing dari Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah serta Qatar telah melawat Ecuador dan berminat untuk melabur dalam pembinaan itu. - AFP
_______________________________________________________________________

Nampaknya, perlumbaan membina bangunan tinggi belum selesai. Selepas Emiriyah Arab Bersatu berjaya membina bangunan tertinggi di dunia, iaitu Burj Khalifa di Dubai, kini Ecuado pula hendak membina bangunan yang lebih tinggi daripada itu.
Tapi tak apalah, Ecuador itu negara pengeluar minyak. Kira negara kaya jugalah. Lagi pun, projek ini akan dilaksanakan oleh pihak swasta, termasuk penyertaan pelabur asing. Asal jangan menggunakan dana kerajaan.
Kita tunggu selepas ini, negara mana pula yang akan membina bangunan lebih tinggi daripada yang hendak dibina oleh Ecuador. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.