Isnin, 19 November 2012

Hamas Enggan Gencatan Senjata

Foto : warga Palestina mencium tangan saudaranya yang tewas (AP)

GAZA - Tentera Udara Israel kembali melakukan serangan udara ke atas Gaza dan membunuh 11 orang. Empat daripadanya adalah kanak-kanak. Sementara itu, Hamas mengemukakan tuntutan baru sebagai syarat gencatan senjata dengan Israel. 
Hamas menegaskan, mereka tidak akan menghentikan serangan ke atas kawasan Israel kecuali sempadan Gaza dibuka. Serentak dengan itu, Israel semakin giat melakukan pengeboman di kawasan Gaza. 
Pemimpin Hamas Khaled Meshal berbincang melalui telefon dengan Presiden Mesir Mohamed Mursi. Hamas menuntut pembukaan kawasan perbatasan Gaza dan memohon jaminan keselamatan di kawasannya. Sebagaimana diketahui, Mesir memainkan peranan penting dalam krisis Gaza kerana negara piramid itu sedang menjadi perantara gencatan senjata antara Israel dengan Palestin. 
"Kami tidak akan menyetujui gencatan senjata sehingga Israel memenuhi tuntutan kami," ujar pegawai kanan Hamas, Izzat Rishaq, sebagaimana dipetik USA Today, pada Isnin (19/11/2012). 
Setakat ini, hanya Mesir dan Israel yang mempunyai akses masuk ke kawasan Gaza. Walaupun ketika ini Mesir dipimpin Ikhwanul Muslimin, Mesir tetap enggan membuka sempadan Gaza dengan Mesir. Presiden Mursi bimbang, tindakan seperti itu akan menghalang pembentukan negara Palestin dan syor dua negara. 
Sementara itu, negara Yahudi berkenaan juga bimbang untuk menarik balik sekatan dan membuka sempadan Gaza. Israel bimbang kerana Hamas akan mempunyai peluang mendapatkan bekalan senjata. Israel turut mendakwa, Hamas memiliki 12 ribu roket buatan sendiri. 
Serangan Israel ke atas Gaza menyebabkan hubungan negara itu dengan Mesir menjadi tegang. Mesir telah pun memanggil balik duta besarnya ke Israel sebagai protes terhadap serangan Israel ke atas Gaza. Bagaimanapun Israel masih berharap agar Mesir memainkan peranan penting untuk menyelesaikan konflik berkenaan.
_______________________________________________________________________ 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.