Jumaat, 16 November 2012

Hukuman Kepada Pesalah Trafik

Hardin memegang papan tanda di kaki lima Cleveland.


CLEVELAND, Amerika Syarikat - Seorang wanita terpaksa memegang papan tanda di sebuah kaki lima di sini.
Wanita berkenaan, Shena Hardin diperintahkan oleh Hakim Pinkey Carr supaya berdiri di kaki lima berkenaan selama sejam pada Selasa lalu dan kelmarin. 
Dia memegang papan tanda itu yang tertera ayat: "Hanya orang bodoh memandu di laluan pejalan kaki kerana mahu memotong sebuah bas sekolah". 
Hardin dikenakan hukuman itu selepas dia memandu kereta di laluan pejalan kaki dengan tujuan untuk memotong bas tersebut. - Agensi
_______________________________________________________________________

Wow! dahsyatnya... 
Untunglah pesalah trafik di Malaysia... 
Walaupun tertangkap... 
Walaupun kena kompaun... 
Tapi masih boleh rileks... 
Masih boleh memandu... 
Buat kesalahan baru... 
Kumpul banyak-banyak kompaun... 
Cukup tahun boleh dapat diskaun!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.