Sabtu, 17 November 2012

Roket Palestin Sampai Ke Tel Aviv

Bandar Tel Aviv, Israel.

GAZA: Buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun, dua roket pejuang Palestin sampai ke bandar Tel Aviv, Israel, kelmarin. 
Bunyi amaran serangan udara pejuang menyebabkan penduduk Tel Aviv bergegas ke tempat perlindungan bawah tanah. Tel Aviv adalah sebuah bandar Mediterranean dan kali terakhir diserang roket adalah ketika Perang Teluk 1991. 
Sumber Israel berkata, sebuah roket meletup di laut sementara satu lagi kena kawasan pinggir Tel Aviv. 
Kawasan metropolitan Tel Aviv mempunyai lebih tiga juta penduduk, 40 peratus bilangan penduduk Israel. 
Satu serangan roket Hamas mengenai bangunan empat tingkat di bandar Kiryat Malachi, mengorbankan tiga penduduk Israel.
_______________________________________________________________________


Kalau dilihat dalam peta di atas, bandar Tel Aviv tidaklah jauh sangat dari Gaza Strip! 
Namun semasa Perang Arab Israel Tahun 1967 dan Perang Arab Isreal Tahun 1973, kehidupan penduduk di bandar ini berjalan seperti biasa. Terdapat penduduknya yang mandi-manda dan bersantai di pantai!
Bandar Tel Aviv dianggap kebal kerana pihak Arab ketika itu tidak memiliki peluru berpandu yang mampu mengenai bandar tersebut. 
Tetapi keadaan berubah semasa Perang Teluk Tahun 1991 apabila peluru berpandu Sadam Hussein mengenai beberapa kawasan di Tel Aviv. Sejak itu mitos Tel Aviv bandar kebal terlerai. 
Berdasarkan kenyataan pegawai Israel pada bulan Februari tahun ini, laporan perisikan memberitahu bandar Tel Aviv di negara itu akan menjadi sasaran utama jika berlaku serangan. 
Demikianlah pentingnya penguasaan teknologi berkaitan peperangan dan pertahanan negara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.