Selasa, 27 November 2012

Kenderaan MPV Langgar Lori Berhenti Di Slim River

Beginilah keadaan MPV jenis Hyundai Starex yang remuk hingga mengorbankan lima nyawa di Slim River semalam. Foto: Kosmo!



SLIM RIVER - Lima maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan di Kilometer (km) 372.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) menghala ke selatan, pagi tadi.  
Kemalangan jam 7.28 pagi itu membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang melanggar belakang sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan disebabkan tayarnya pecah.  
Lima mangsa maut di tempat kejadian akibat tersepit, manakala 4 mangsa cedera di bawa ke hospital berdekatan.
Mereka yang meninggal dunia ialah Pang Lee Si, 35, dari Taman Serdang, Kedah; kanak-kanak, Juvien Chin Yu Xuan, 12, serta Poh Hock Huat, 60, dari Nibong Tebal, Pulau Pinang, Daphne Eng Yuik Yee, 14, dari Bagan Selatan, Tanjung Piandang dan Hong Choon Tee. Mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk dibedah siasat. 
Tiga penumpang yang kritikal ialah  Bu Wei Hong, 50, Heng Ah Lee, 60 dan Lim Tau Hong, 3 masih berada di Unit Rawatan Rapi. 
Tiga penumpang yang cedera ringan ialah Chong Soon Choy, 61, patah tangan manakala dua lagi, Ho Seok Yi, 18, dan Goey Wen Ni, 16. 
Kesemua mereka menaiki MPV Hyundai Starex yang dipandu Soon Choy dalam perjalanan dari Nibong Tebal untuk mengadakan pertunjukan kebudayaan Cina di Muar, Johor. Kemalangan itu menyebabkan salah seorang mangsa putus kepala dan hancur anggota badan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.