Selasa, 27 November 2012

Isteri Rentung Suami Meraung

Bandar Tawau dilihat dari udara. Foto: KPS Tawau Fm

TAWAU: Seorang suami hanya mampu meraung kesedihan apabila isterinya yang sakit dan tidak mampu bergerak, rentung dalam kebakaran rumah mereka di Jalan Hamzah, Batu 8, Ranggu, dekat sini, semalam. 
Lebih menyedihkan, ketika kebakaran berlaku jam 9 pagi, suami terbabit hanya dikenali sebagai Robert, 30, keluar mengambil wang gaji yang ingin digunakan bagi menyewa kereta untuk membawa isterinya, Rensiana Bara, 25, ke hospital. 
Keadaan di rumah milik Robert, tempat isterinya rentung.
Sekembali ke rumah, Robert terkejut dan hanya mampu meratap kematian Rensiana yang mayatnya ditemui rentung dalam keadaan telentang di bilik tidur. 
Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri, tetapi gagal kerana kedua-dua kakinya yang sakit dan membengkak menyebabkan dia tidak mampu bergerak. 
Seorang ahli keluarga mangsa dikenali sebagai Romanus, 50, berkata mangsa sakit sejak beberapa hari lalu dan tidak mampu bergerak. - Metro


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.