Isnin, 19 November 2012

Roket Hamas Uji Kemampuan Iron Dome Israel

Sistem Iron Dome milik Israel.

TEL AVIV - Pertempuran antara Israel dengan pejuang Palestin yang bermula sejak Rabu 14 November lalu, menjadi ujian bagi sistem pertahanan anti peluru berpandu milik negara Yahudi berkenaan. Pihak Palestin melancarkan ratusan roket sebagai balasan kepada serangan udara yang dilakukan Israel ke Semenanjung Gaza. 
"Sistem pertahanan yang diberi nama "Iron Dome" itu berjaya menghalang 90 peratus roket yang dilancarkan oleh Hamas ke kawasan-kawasan Israel yang padat penduduk," kata jurucakap tentera Israel, yang dipetik The Washington Post, Sabtu (17/11/2012) 
Namun sistem pertahanan tersebut tidak mampu menghalang serangan roket Hamas yang diarahkan ke dua bandar terbesar Israel, Baitul Muqaddis dan Tel Aviv. Selama ini Hamas hanya menyerang kawasan selatan Israel yang berhampiran dengan Semenanjung Gaza menyebabkan Iron Dome difokuskan untuk mengawal kawasan tersebut. 
Serangan terhadap Te Aviv dan Baitul Muqaddis menunjukkan bahawa pada masa ini Hamas memiliki kemampuan untuk melakukan serangan roket jarak jauh. Hamas sebelum ini menyatakan bahawa mereka telah menaiktaraf kemampuan roket jarak jauh yang dinamakan M-75. 
Namun Hamas belum pernah menggunakan roket tersebut sehinggalah serangan ke atas Baitul Muqaddis kelmarin. Hamas juga dilaporkan memiliki roket jarak jauh Fajr-5 buatan Iran yang digunakan untuk menyerang Tel Aviv. 
"Ketika kami merancang serangan ke atas Gaza, kami telah mengetahui kemampuan serangan jarak jauh milik Hamas. Selama ini kami tahu mereka memiliki kemampuan jarak jauh, hanya baru kali ini mereka memutuskan untuk menggunakannya," ujar seorang pegawai kanan Kementerian Pertahanan Israel. 
Duta Besar Israel ke Amerika Syarikat (AS) Michael Oren berusaha meredakan kebimbangan tentang kemampuan serangan jarak jauh Hamas. "Saya rasa mereka tidak memiliki roket jarak jauh dalam jumlah yang banyak. Tidak ada korban akibat roket jarak jauh itu, hal ini lebih kepada isu psikologi," ujar Oren dalam sidang akhbar di Washington.
_______________________________________________________________________

Kenyataan pegawai Israel juga bersifat psikologi! 
Logiknya... 
kalau Hamas tembak 100 roket... 
10 roket boleh sampai ke bumi Israel! 
sebab kemampuan Iron Dome hanya 90%... 
bukan 100%!
kalau Hamas tembak 550 roket... 
bukankah 55 roket mengenai bumi Israel?

Sebab itu duta Israel ke AS... 
memperkecilkan bilangan roket milik Hamas... 
sekali gus untuk mengecilkan ketakutan mereka! 
Siapa yang tak takut peluru... roket!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.