Isnin, 19 November 2012

Bagaimana Hamas Dapat Roket

Jangkauan roket pejuang Palestin (Foto: Google Maps)

GAZA - Serangan roket dari Gaza ke kawasan Israel menarik perhatian dunia. Sehingga kini belum diketahui secara pasti jangkauan roket yang dimiliki para pejuang Palestin. 
Sejak Rabu 14 November lalu, Palestin dan Israel terus berbalas serangan. Sehingga hari terakhir, sebanyak 550 roket dicatatkan telah dilancarkan oleh pejuang Palestin ke kawasan Israel. 
The Washington Post pada Sabtu 17 November membuat perkiraan jarak yang mampu dicapai oleh roket-roket Palestin. Jarak paling jauh dicapai oleh roket Fajr-5 yang mampu mencecah kawasan Tel Aviv dan Baitul Muqaddis. Perkara ini tidak dijangkakan oleh Israel sebelum ini. 
Ketika roket-roket kecil Palestin hanya mampu menyentuh kawasan luar Israel, roket Fajr-5 buatan Iran mampu membuat ancaman besar terhadap Israel. Perisikan Israel tidak mengetahui bagaimana roket jarak jauh dari Iran itu dapat dibawa masuk ke Palestin. 
Sedangkan banyak roket milik pejuang Palestin telah dapat dikesan oleh tentera Israel. Melalui serangan-serangan, banyak roket Palestin berkenaan telah dihancurkan. Demikian dinyatakan oleh Washington Post, Edisi Ahad (18/11/2012). 
Tetapi hal itu tidak begitu membimbangkan. Menurut pihak Israel, roket jarak jauh Hamas tidak begitu tepat. Kebanyakan roket mereka tidak menepati sasaran.
_______________________________________________________________________

Melalui berita ini... 
kini kita tahu Hamas tidak cakap kosong... 
Melalui berita ini juga... 
kita dapat gambaran keupayaan teknologi ketenteraan Iran! 
Mungkin tidak semua didedahkan... 
Namun jelas ada peningkatan!  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.