Sabtu, 3 November 2012

Masalah Makanan Halal

Berita berkaitan makanan yang menggemparkan umat Islam di Perlis bulan Ramadhan tahun 2011 yang lalu

HATYAI (Thailand): Walaupun industri halal semakin berkembang, namun produknya masih belum berupaya menampung keperluan umat Islam seluruh dunia. 
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Hala (HDC), Datuk Seri Jamil Bidin hari ini berkata, industri halal mempunyai masa depan yang cemerlang kerana 1.8 bilion penduduk Islam dunia sentiasa mendambakan produk halal. 
BERNAMA
_______________________________________________________________________

Kira-kira 1.8 bilion umat Islam dunia memerlukan produk halal? Ini satu pasaran yang besar dan besar. Masalahnya, umat Islam tidak terlibat dalam bidang pengeluaran makanan secara besar-besaran. Mereka hanya menjadi pengguna secara besar-besaran! Untunglah syarikat Nestle yang mengeluarkan berbagai produk makanan.
Bidang pengeluaran ada kaitan dengan perniagaan. Pasaran sudah ada. Tinggal lagi, orang Islam sekarang ini kurang terlibat dengan perniagaan besar-besaran. Bukan masalah modal. Sebagai contoh, Amy Search dah buka restoran halal dengan modal RM250 ribu. Tapi tak jalan juga. Perniagaan beliau bukan sahaja tidak mampu berkembang, bahkan tidak mampu bertahan. 
Demikan juga perniagaan-perniagaan lain. Ada perkara-perkara yang patut kita pelajari dengan mendalam berkaitan kualiti, kos pengeluaran, R&D, servis, pemasaran dan lain-lain.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.